Skuad badminton negara menerima tamparan hebat menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mengesahkan dia menarik diri daripada temasya berkenaan.<br /><br />Pemain nombor lima dunia itu, berkata keputusan berkenaan dibuat bagi membolehkan dia memberikan fokus yang lebih terhadap kejohanan dunia di Tokyo, Jepun, yang berlangsung 22 hingga 28 Ogos.
